Friday, April 13, 2012

Ahmad bersama pencuri

Suatu ketika, seorang pencuri memasuki rumah Ahmad Al-Khazrunya.


Ia menggeledah barang-barang yang dimiliki Ahmad, tepi tak menjumpai barang yang berharga. Ia hampir pergi kerana kecawa, tetapi kemudian Ahmad memanggilnya.

"Anak muda, ambillah baldi itu dan ambillah air dari perigi, lalu bersihkan dirimu dan solatlah. Bila aku mendapatkan sesuatu, akan kuberikan kepadamu sehingga engkau tak akan meniggalkan rumahku ini tanpa hasil."



Anak muda itu menurut perintah Ahmad. Ketika pagi tiba, ada seorang lelaki membawa wang seratus dinar dan memperkenalkan kepada Ahmad. "Ambillah wang ini sebagai hadiah solat malammu,"  kata Ahmad kepada pemuda yang mahu mencuri itu. Pemuda tersebut langsung gementar tubuhnya, dan mengalirkan air matanya.

"Aku telah menempuh jalan yang salah," ucap  anak muda tersebut. "Aku beribadah kepada Allah hanya satu malam, tetapi Dia memberi anugerah kepada aku sebanya ini." Seterusnya. dia bertaubat kembali ke jalan Allah. Lebih dari itu, ia menolak untuk mengambil emas itu, dan menjai salah satu murid Ahmad Al-Khazrunya

#moral; tidak terlambat untuk kita bertaubat....SUBAHANALLAH...maha Suci Allah yang maha pemurah lagi maha pengampun

No comments:

Post a Comment