Sunday, December 18, 2011

Abu Nawas

Abu Nawas merupakan tokoh yang paling lucu pada dinasti Abbasyiah. tokoh jenaka ini sangat desenangi oleh Khalifah Ar-Rasyid kerana lawak jenakanya yang cerdikdan kelakar. dalam kesibukannya sebagai raja yamg adil dan bijaksana, baginda sering mengunjungi Abu Nawas untuk bersembang dan menyegarkan fikirannya yang berserabut.

sebagai rakyat biasa, Abu Nawas sering mengkritik Khalifah melalui jenakanya yang lucu meskipun mengenai kepala raja, namun baginda tidak pernah marah.

pada suatu hari, di pasar tempat orang ramai  berdagang menjadi huru-hara gara-gara- gurauan Abu Nawas. "teman-teman! hari ini saya sangat membenci perkara yang haq tetapi menyenangi fitnah. hari ini juga saya kaya bahkan lebih kaya daripada Allah," ujar Abu Nawas.

gurauan Abu Nawas ini sungguh aneh kerana selama ini dia termasuk dikalangan mereka yang alim dam bertakwa. lalu polis kerajaan mengkapn
ya dan menghadapkannya kepada Khalifah. "hai Abu Nawas benarkah engkau berkata sedemikian?" tanya Khalifah.

"benar tuan," jawabnya selamba. "mengapakah engkau mengucapkan sedemikian, sudah kafirkah engkau?"

"saya rasa Khalifahjuga membenci saya perkara haq seperti saya," ujarnya. "gila benar engkau, aku sepatuknya menegakkan haq dan bukan membencinya," ujar khalifah yang mulai marah.
"jangan cepat marah, dengarkan dulu keterangan saya," kata Abu Nawas yang cuba meredakan kemarahan Khalifah.
"keterangan apa yang engkau maksudkan? sebagai seorang muslim aku harus membela haq dan bukan membencinya, tahu?" ujar Khalifah geram.

"apabila ada orang membacakan talkim, saya selalu mendengar ucapan bahawa mati itu haq dan neraka itu juga haq. nah! siapakah yang tidak membenci mati dan neraka yang haq itu? tidakkah Khalifah juga membencinya seperti aku?" tanya Abu Nawas.

"bijak juga engkau ni," ujar Khalifah setelah mendengar penjelasan Abu Nawas, "tapi apa pula maksudmu menyenangi fitnah?" tanya Khalifah.
"sekejap, barangkali Tuanku lupabahawa dalam Al-Quran ada menyebut bahawa harta dan anak-anak itu fitnah. sedangkan Khalifah menyenanginya seperti saya juga. benarkah Khalifah?"

"ya, memang begitu, tetapi mengapa engkau mengatakan engkau lebih kaya daripada Allah?" tanya Khalifah lagi. "saya lebih kaya daripada allah kerana saya mempunyai anak sedangkan Allah tidak beranak dan juga tidak diperanakkan."
"bukankah itu hakikat yang sudahtidak dapat dipertikaikan lagi?" tambah Abu Nawas ladi kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid.

"aku membenarkannya, tapi mengapa engkau berkata sedemikian di khayalak ramai di tengah pasar?" tanya Khalifah ingin tahu. "dengan cara begitu saya akan dapat ditangkap dan dihadapkan kepada Khalifah seperti sekarang." jawabnya selamba. "mengapa kamu mahu menghadap saya?: "agar dapat hadiah daripada Khalifah," jawab Abu Nawas berterus-terang. tindakan berani Abu Nawas itu menjadikan suasana itu menyeronokkan dan para hadirin terkesuma, begitu juga dengan Khalifah.

"memang engkau orang pintar," puji Khalifah. mereka yang mengadili Abu Nawas gelak tertawa mendengar kelucuan yang pintar itu. Khalifah pun menyerahkan wang kep[ada Abu Nawas sebagai hadiah dan menyuruhnya pergi meninggalkan istana/ 'Alhamdulillah dapat rezeki,' gumam Abu Nawas

No comments:

Post a Comment