Rasulullah pernah bertanya kepada iblis, "wahai iblis terkutuk! apakah ikhtiarmu ke atas umatku? sesungguhnya aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua ummat manusia agar beriman kepada Allah s.w.t"
jawab iblis, "wahai Rasulullah! demi kemuliaan mu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusai dari mengikut ajaranmu. aku akan mencampurkan lelaki dengan perempuan agar mudah aku mencelah di tengahnya.
Rasulullah bertanya lagi. "wahai iblis! apa lagi yang engkau muskilkan?" jawab iblis. "wahai Muhammad! sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap ummatmu dalam 2 perkara iaitu:
*mereka mengaku menyintai Allah s.w.t tetapi pada masa yang sama mereka masaih melakukan maksiat dan kemungkaran.
*mereka sangat benci akan tabiatku tetapi masih mahu mengikut semua hasutanku
Firman Allah kepada iblis: "sememangnya engkau adalah makhluk yang terkutuk lagi terlaknat, dari kemuliaanKu, akan kuberikan kepada ummat Nabi Muhammad 2 kegembiraan iaitu, kecintaan terhadapKu akanKu jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan...."
maka, tercenganglah iblis mendengar penjelesan sedemikian daripada Allah s.w.t. sedarlah iblis bahawa ummat Muhammad adalah ummat terbaik yang dikeluarkan dikalangan manusia dan paling disayangi oleh Allah yang Maha Pegampun lagi Maha Penyayang.
adalah ummat Nabi Muhammad merupakan ummat yang paling ramai menghuni syurga Allah s.w.t. iaitu kelebihan Allah s.w.t beri kepada ummat Nabi Muhammad dan tidak kepada umma-ummat nabi yang lain. AllahuAkbar.....

No comments:
Post a Comment