Wednesday, January 15, 2014

Sanah Helwah Our Prophet saw

Allah berselawat keatas Muhammad


salam Maulidur Rasul.. sungguh besar impak yang Baginda tinggalkan kepada umatnya.. dari lahirnya Baginda pada 12 rabiulawal  hinggalah ke hari ini..masih ramai umat islam yang mengingati baginda.

"Orang yang rapat dengan Ku adalah orang yang selalu berselawat keatas Ku"

Jangan menjadi seperti bapa saudara Nabi, iaitu Abi Talib yang meraikan ulang tahun Baginda dengan majlis besar-besaran, namun tidak mengikut suruhan Allah yang diutuskan oleh Nabi Muhammad anak saudaranya. Nauzubillah..

Berselawatlah kamu tanpa mengira tempat dan waktu,, jangan hanya pada maulidur Rasul.
tak perlu kamu berarak sambil berselawat dengan berteriak sehingga serak suara mu,
tak perlu kamu berpakaian cantik (bagi perempuan) berjalan beriringan sambil berselawat.
tak perlu kamu berarak sambil berselawat sedangkan kamu bergaul lelaki perempuan

Sketsa yang diperhatikan Dhil pada pagi tadi adalah salah satu Musafir kecil iaitu dengan menjadi penonton perarakkan Maulidur Rasul pada peringkat Negeri.

apa yang dapat Dhil perhatikan ialah:

PERGAULAN antara ahli barisan selawat. wanita berada di depan dengan memagang sepanduk, lelaki di belakang berselawat. Apa yang lelaki itu dapat sedangkan mulut berselawat, tetapi mata melihat belakang wanita yang berada dihadapan.
bagi pasukan yang tiada perempuan dalam barisan, Dhil ucapkan Tahniah!

SEMANGAT berselawat dengan berteriak sampai nak hilang suara. Tetapi, yang malangnya hanya hari itu sahaja mereka berselawat, apabila suara kembali selawat pun hilang. Wahai saudaraku, ini adalah ciri Abi Talib, jauhilah Nauzubillah

PAKAIAN peserta wanita. Wahai ibu-ibu, kakak-kakak, kita tak wajib pun berselawat sambil berarak ni, apatahlagi terdapat ramai kaum Adam yang memerhati. Adakah kalian sudah melihat pakaian kalian sebelum kalian keluar dari rumah..??!
bagaimana pakaian kalian??!
dengan pakaian yang nampak bentuk badan, nampak betis bila berjalan, habis semua pahala berselawat kepada dosa para mata-mata yang melihat dengan penuh nafsu.
Dhil turut rasa tempias kerana kita sama-sama kaum hawa.

Cukuplah kaum lelaki yang meraikannya dengan berarak sambil berselawat.
Dan yang paling penting, jangan tinggalkan sunah Rasul kerana pada Bagindalah kita berharap syafaat.

wallah'hualam

Wednesday, January 8, 2014

Kisah seorang Mummy

Balik dari Negeri Sembilan, mama Dhil di masukkan ke hospital kerana diarrhea, jadi kene tahan dekat wad jugalah semalaman.

Dek kerana musim wabak penyakit, jadi ramailah yang di masukkan ke hospital. Wad perubatan perempuan yang mama Dhil duduk penuh, sampai katil mama Dhil terletak di tepi tandas doktor.

Dhil bergilir menjaga mama dengan kakak Dhil yang kebetulan cuti kerana suaminya demam. Dhil jaga mama sebelah malam. Setiap kali patient nak keluar masuk mesti melalui katil mama, jadi setiap kali tu jugalah dhil terpaksa bangun dan sorokkan kerusi untuk bagi laluan. dengan keadaan yang crowded dan hari dah nak tengah malam, Dhil terdengar satu suara yang annoying bagi Dhil yang tak tahu apa-apa.

"Mummy menyesal bagi kau laptop bla..bla.. ada kau nak call Mummy bla..bla.. dulu masa kau dapat straight-A, Mummy tak patut bagi kau hadiah bla..bla.."

Solat Pertama, Sujud Terakhir

Assalamualaikum...

lama tak update blog...okey..hari ni Dhil nak bercerita balik apa yang mama Dhil bercerita pada kami semua mengenai Hidayah Allah


Terdapat seorang lelaki yang jahil yang tinggal di sesebuah kawasan di benua Amerika. diceritakan di badan lelaki ini memang banyak tatu dan pakaiannya copang-camping dan beragama kristian berikutan beliau memakai rantai salib.

Pada suatu malam, Beliau telah bermimpi dan dalam mimpinya terdengar suatu suara lembut yang berbunyi ''Tuhan Isa adalah Tuhan Orang Islam''