dikalangan mereka, Abi Qalabah melihat seorang lelaki dari tetanggaku, tiada nur pada wajahnya, maka Abi Qalabah berkata kepadanya, "aku tidak melihat nur di wajahmu?" jawab mayat itu, "sesungguhnya anak-anak mereka dan teman-teman mereka memberi petunjuk dan sedekah. aku mempunyai anak yang tidak soleh, ia tidak mendoakan aku dan tidak bersedekah untukku. oleh sebab itu, tiada cahaya di wajahku dan aku rasa malu kepada teman-temanku".
apabila Abi Qalabah tersedar dari mimpinya, lalu dia mencari anak kepada lelaki tersebut dan menceritakan hal yang dilihatnya dalam mimpi kepada anak lelaki tersebut. berkata anak tetangganya itu "aku bertaubat di hadapanmu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi buat selama-lamanya." maka sejak itu anaknya sentiasa berbuat kebaikan, berdoa dan bersedekah untuk ayahnya.
suatu seketika, Abi Qalabah melihat kejadian yang lain dalam mimpinya. dia melihat wajah lelaki itu terang cahayanya berbanding temannya. dia berkata, "wahai Abi Qalabah, semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. engkau telah menyelamatkanku daripada malu terhadap teman-temanku.
maka, legalah Abi Qalabah mendegarkan itu. begitulah pentingnya doa anak yang soleh buat ibu bapa yang telah meninggal dunia. Abi Qalabah juga mendoakan untuk ayahnya agar bersemadi dengan aman.

No comments:
Post a Comment