di sebut dalam suatu riwayat mengenai hubungan 3 orang sahabat yang sangat intim sehingga kepada ajal mereka dalam satu siri perperangan iaitu perang Yarmuk. kisah mengenai Ikrima, Suhail dan Harith. mereka bertiga mendapat kecederaan yang teruk dalam peperangan tersebut. kecederaan yang mereka alami menyebabkan mereka terlalu haus dan letih serta tidak bermaya.
dikatakan seorang sahabat yang lain bernama Abu Jahim yang ingin mencari saudaranya, telah membawa bekas yang berisi air yang terlalu sedikit dan cukup untuk seorang sahaya untuk minum.
dibawanya Ikriam saudaranya untuk diminum, tiba-tiba terdengar suara keluhan yang tidak bermaya berhampiran Ikrima yang turut meminta iar lalu Ikrima menyuruh agar air itu dibawa kepada Suhail yang keadaannya lebih teruk pada ketika itu.
sesamapainya kepada Suhail, ternyata Suhail juga berkata demikian, "bawalah air tersebut kepada Harith, keadannya lebih parah daripada aku."
apabila sampai kepada Harith, tidak semat dia meminum air, akhirnya Harith menghembuskan nafasnya yang terakhir. air itu kemudian dibawa kepada Suhail, ternyata Suhail juga telah mati. dibawa pula kepada Ikrima saudaranya juga telah menghembuskan nafas yang terakhir. maka, gugurlah 3 orang sabahat tersebut sebagai syuhada.
sikap cinta dan sayang kepada sahabat menjadikan mereka sampai kepada peringkat yang pasti dimuliakan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment