pada suatu hari, Junaid Al-Baghdadi menghidap sakit mata. dia pun memanggil tabib untuk merawat sakit matanya itu (Wallahuallam sakit seteruk mana). dia dinasihati oleh tabib supaya mengelakkan matanya terkena air demi mempercepatkan matanya sembuh.
bagaimanapun, ketika tabib itu berlalu, Junaid bertekad mengambil wuduk termasuk membasuh muka, kemudian solat dan tido. apa yang anehnya, setelah mengenakan air sembahyang ke mukanya, tiba-tiba sakit matanya sembuh.
pada saat itu Junaid terdengar satu suara, "mata Junaid sembuh kerana dia lebih redha kepadaKu. sekiranya ahli neraka meminta kepadaKu dengan semangat Junaid nescaya aku kabulkan permintaannya.
keesokan harinya, tabib itu datang untuk menziarahi Junaid, ternyata tabib itu kehairanan setelah melihat mata Junaid sembuh, "apa kau lakukan wahai Junaid". "aku berwuduk dan air itu mengenai muka dan mataku, lalu aku solat,: ujarnya.
setelah menyaksikanperistiwa itu, tabib yang beragama Nasrani itu pun menganut agama Islam. itulah penawar daripada Tuhan yang menjadikan penyakit. tabib tersebut mengatakan behawa, "sebenarnya, Junaid tidak sakit, tapi aku yang sakit, Junaidlah labibku, kerana telah merawat sakit mata hatiku".

No comments:
Post a Comment