Wednesday, December 14, 2011

Kisah Juraij

nama sebenar Juraij ialah Jurajis. dia terkenal sebagai seorang soleh yang menghabiskan banyak masanya di tempat ibadatnya. ketekunannya dalam mengabdikan diri kepada Allah menjadikan dia seorang yang terkenal pada masa tersebut. kealimannya disebut-sebut oleh oarang ramai.

kerana berhari-hari tidak pulang ke rumah, ibunya berasa sangat rindu kepadanya. apabila tidak tahan merindui anaknya, Si Ibu datang ke tempat Juraij beribadat lalu memanggilnya, Juraij! Juraij! dari jauh Juraij mendengar teriakan ibunya, tetapi dia tidak menjawab, sebaliknya berkata dalam hatinya kepada Tuhan: "Ya Allah! itu ibuku yang memanggilku, tetapi aku sedang menyembahMU." dia meneruskan ibadatnya.

keesokannya, ibunya datang lagi memanggil-maggil Juraij seperti semalam. namun Juraij tidak juga menyahutnya. dia meneruskan ibadatnya. ibunya pun pulang. keesokannya lagi, ibunya datang lagi memanggil-manggil Juraij. namun kali ini juga penggilannya tidak berjawab.

Si Ibu pun pulang dengan perasaan hampa. perasaan geram mula membuka hatinya. setibanya di rumah, dia pun berdoa: "Ya Allah! janganlah Engkau mencabut nyawa Juraij sebelum dia sempat melihat wajah wanita jalang!" apakah maksud sebalik doa yang di ungkapkan oleh ibu Juraij. mungkin untuk menguji setakat mana keimanan anaknya.


maka wanita jalang yang dikatakan sangat cantik sebagai pengujinya. semua lelaki dikatakan akan terpesona apabila melihat wajahnya. tidak lama selepas itu, ibu Juraij pun berdoa, ramai daripada Bani Israel memperkatakan tentang kesolehan Juraij dan ketaatannya beribadat. maka semua bersetuju wanita jalang itu menggoda Juraij.

pada suatu hari, datanglah wanita jalang itu menemui Juraij untuk memujuk rayunya. Juraij tidak mengendahkannya. wanita tersebut kecewa dengan sikap Juraij dan bernekad dalam hatinya untuk membalas dendam terhadap Juraij. setelah usahanya terhadap Juraij gagal, wanita itu kpergi menggoda seorang lelaki pengembala kambing yang diaterserempak. hasil daripada perhubungan haram dengan pengembala itu, wanita tersebut pun hamil.

setelah bersalin, wanita itu membawa bayinya di khayalak ramai. dia menuduh Juraij telah melakukan perbuatan terkutuk terhadap dirinya sehingga melahirkan ana. tanpa usul periksa lagi, orang ramai pun meyerbu Juraij. mereka meruntuhkan tempat ibadat Juraij dan memukul Juraij. Juraij mempertahankan diri dan bertanya, "kenapa kamu sekalian ini? apakah salahku yang membuatkan kamu semua memukulku?"

"kamu telah melakukan zina dengan perempuan ini, anakmu ini buktinya," jawab orang ramai.

Juraij merasa hairan, dia telah menghabiskan seluruh masa hidupnya untuk beribadat kepada Allah tetapi mengapa tiba-tiba yang besar menimpanya. dia lantas teringat, mungkin kerana perbuatannya yang melebihkan ibadat sunat tetapi tidak melaksanakan yang wajib yakni menghormati ibunya. ibunya telah memanggilnya beberapa kali tetapi tidak diendahkan.

dia kini menghadapi tuduhan berbuat jahat hingga mendapat anak haram. tanpa saksi tidak mungkin orang percaya walaupun berulang kali dia menfikannya. dia berharap kepada Allah agar bayi itu bisa menyatakan siapa ayahnya. oleh itu, dia perlu memohon ampun dan restu daripada ibunya.


kebetulan waktu itu ibunya datang, Juraij segera memohon ampun atas kesilapannya kerana tidak menghiraukan penggilan ibunya. ibu Juraij mengampunkan dan mendoakan agar Tuhan merahmati anaknya.  Juraij berasa tenang dan pergi menghadapi orang ramaiyang mengerumuninya.

"bawa anak ini kemari dan dekatkannya kepadaku. tunggu sebentar agar aku solat sunat 2 rakaat," ujar Juraij. orang ramai akur dengan tindakannya.

setelah selesai, dia memohon pertolongan Allah, Juraij menghampiri bayi tersebut lalu meletakkan jari telunjuk di tengah perut bayi itu sambil berkata. "wahai bayi yang tidak berdosa, khabarkanlah siapakah sebenarnya bapamu?" bayi itu tiba-tiba berkata, "bapa ku seorang pengembala...." sambil menyebut namanya sekali.

orang ramai yang hadir tercengang melihat bayi yang boleh bercakap. kini baru mereka sedar yang mereka telah dibohongi oleh wanita itu. lalu mereka mendatangi Juraij dan memohon maaf. mereka juga berjanji untuk menggantikan tempat ibadat Juraij dengan bangunan diperbubat daripada emas.

Juraij menolak tawaran tersebut seraya berkata, "jikalau anda sekalian mahu menggantikannya, bangunkan sahaja semula, buatlah daripada tanah sebagaimana asalnya". sebaik sahaja tempat ibadatnya dibina semula, Juraij meneruskan ibadatnya disitu di samping tidak lagi mengabaikan ibunya sehinggalah dia kembali ke rahmatullah.



No comments:

Post a Comment