Monday, December 19, 2011

mimpi Abi Qalabah



pada  suatu hari, Abi Qalabah terlihat dalam mimpinya seolah-olah ada kubur pecah dan keluar mayat-maya dari kubur itu. mereka semua duduk di tepi kubur dan setiap orang pada wajahnya terdapat nur (cahaya).

dikalangan mereka, Abi Qalabah melihat seorang lelaki dari tetanggaku, tiada nur pada wajahnya, maka Abi Qalabah berkata kepadanya, "aku tidak melihat nur di wajahmu?" jawab mayat itu, "sesungguhnya anak-anak mereka dan teman-teman mereka memberi petunjuk dan sedekah. aku mempunyai anak yang tidak soleh, ia tidak mendoakan aku dan tidak bersedekah untukku. oleh sebab itu, tiada cahaya di wajahku dan aku rasa malu kepada teman-temanku".

apabila Abi Qalabah tersedar dari mimpinya, lalu dia mencari anak kepada lelaki tersebut dan menceritakan hal yang dilihatnya dalam mimpi kepada anak lelaki tersebut. berkata anak tetangganya itu "aku bertaubat di hadapanmu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi buat selama-lamanya." maka sejak itu anaknya sentiasa berbuat kebaikan, berdoa dan bersedekah untuk ayahnya.

suatu seketika, Abi Qalabah melihat kejadian yang lain dalam mimpinya. dia melihat wajah lelaki itu terang cahayanya berbanding temannya. dia berkata, "wahai Abi Qalabah, semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. engkau telah  menyelamatkanku daripada malu terhadap teman-temanku.

maka, legalah Abi Qalabah mendegarkan itu. begitulah pentingnya doa anak yang soleh buat ibu bapa yang telah meninggal dunia. Abi Qalabah juga mendoakan untuk ayahnya agar bersemadi dengan aman.

Sunday, December 18, 2011

Kain Kafan daripada Nabi

seorang wanita telah datang menemuai Rasulullah lalu menyerahkan sehalai kain yang telah ditenun dan disulam sendiri kepada Nabi s.a.w. sebagai tanda cinta dan kasih terhadap Rasulullah. dengan senang hati, baginda menerima dan memakainya.



pada suatu hari, dengan memakai pakaian yang diberikan wanita tersebut, Nabi s.a.w. keluar menemui para sahabanya. salah seorang sahabatnya melihat keelokkan kain itu lalu berkata: "wahai Rasulullah! alangkah cantiknya kain yang engkau pakai itu
! kan elok jika aku dapat memakinya."

"baiklah!" jawab Nabi ringkas. setelah Nabi keluar dari masjid, badinda datang kembali ke tempat itu, tatapi tidak memakai kain berkenaa. rupa-rupanya kain pemberian wanita itu ada berlipat kemas di tangannya, lalu diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi.

"terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasulullah. menyaksikan peristiwa itu, ramai sahabat yang tidak menyenangi lelaki itu. kain pemberian wanita itu sangat disenangi oleh Nabi lantas itu dipakainya. maklumlah, nabi tidak pernah menolak permintaan seseorang.

"mengapa kau memintanya?" rugut para sahabat kepada lelaki terbabit." saya meminta kain itu bukan untuk dipakai, tatapi untuk digunakan sebagai kain kafanku," ujar lelaki itu. maka poara sahabat yang bertanya merasa bersalah lalu menundukkan kepalanya....

Abu Nawas

Abu Nawas merupakan tokoh yang paling lucu pada dinasti Abbasyiah. tokoh jenaka ini sangat desenangi oleh Khalifah Ar-Rasyid kerana lawak jenakanya yang cerdikdan kelakar. dalam kesibukannya sebagai raja yamg adil dan bijaksana, baginda sering mengunjungi Abu Nawas untuk bersembang dan menyegarkan fikirannya yang berserabut.

sebagai rakyat biasa, Abu Nawas sering mengkritik Khalifah melalui jenakanya yang lucu meskipun mengenai kepala raja, namun baginda tidak pernah marah.

pada suatu hari, di pasar tempat orang ramai  berdagang menjadi huru-hara gara-gara- gurauan Abu Nawas. "teman-teman! hari ini saya sangat membenci perkara yang haq tetapi menyenangi fitnah. hari ini juga saya kaya bahkan lebih kaya daripada Allah," ujar Abu Nawas.

gurauan Abu Nawas ini sungguh aneh kerana selama ini dia termasuk dikalangan mereka yang alim dam bertakwa. lalu polis kerajaan mengkapn

Wednesday, December 14, 2011

words BOSAN

tahu tak??? cuti sekolah memang bagi Dhil membosankan...kalau kat sekolah boleh jugak Dhil cari pasal ngan kawan-kawan Dhil...boleh jugak buli diaorang...

dah memang sifat Dhil hyperactive..tak boleh duduk diam..mesti ada saja akal yang nak mengenakan kawan-kawan Dhil...
bagi Dhil itu kenangan manis Dhil...biarpun bagi mereka kenangan pahit sebab Dhil selalu membuli mereka...tapi walaupun macam tu...hubungan kami tetap baik...

that's why lar Dhil rasa hidup tanpa masalah memang membosankan...kalau Dhil ada masalah sehingga berat bahu menggalas...sampai Dhil menangis seorang diri...tapi..sebenarnya Dhil bahagia...Dhil bahagia apa bila ada masalah...Dhil pun tak tahu kenapa...tapi tu lah hakikatnya...

tanpa masalah Dhil rasa hidup seperti kosong and tak ada makna langsung....that's why jugak lar aku suka mencari masalah...kalau tak ade masalah..Dhil akan mencari biar Dhil dapat masalah..terutama bila kat sekolah...tapi kat rumah???aku nak cari masalah pasal apa? dengan siapa?

sebelum ni hanya Dhil 3 orang sahaja yang tinggal kat rumah...my mom, dad and me...tapi skarang my bro from hospital bahagia tanjung rambotan ade balik cuti sems...tapi dalam masa yang sama dia buat oprate...x kan Dhil nak cari pasal dengan orang sakit???

jahat-jahat Dhil suka cari pasal pon..Dhil masih fikir lagi tentang  keadaan orang...walaupun sebelum ni Dhil memang suka cari pasal and susahkan dia..hehehe..malangnya dia ada adik macam Dhil...


80 Orang Fasik

Abu Yazid Al-Bustami adalah seorang yang terkenal sebagai hamba yang sangat rajin bermunajat kepada Allah. dia sentiasa bermunajat kerana ingin memasuki syurga. hatinya selalu ceria. fikirannya pula seolah-olah sudah melayang sampa ke Arasy Allah. hatikecil berbisik. "inilah tempat Rasulullah, semoga aku kelak menjadi jirannya di syurga."

ketika tia tersedar dari khayalannya, dia terdengar suara menyeru, "ada seorang hamba yang kelak menjadi tetangga mu  di syurga. dia tinggal di negeri ini," seru suara tersebut. lalu dia teringin untuk mencari hamba yang kelak menjadi tetangganya di syurga. Abu Yazid pun keluar rumah untuk mencari hamba yang dimaksudkan. dia berjalan kaki sejauh 100KM dan tiba dinegeri yang disebutkan.

sebelum bertemu hamba itu, seorang lelaki menasihatinya. "mengapa engkau mencari fasik dan peminum arak? padahal tanda-tanda di dahimu, ternyata engkau adalah seorang yang soleh." mendengar nasihat itu, Abu Yazid terkaku seketika. "jika demikian, suara yang menyuruhku sewaktu bermunajat itu agaknya suara iblis. mengapa aku harus menurutinya?"

kemudian dia mahu melangkahkan kakinya untuk pulang. tiba-tiba hatinya berbisiki lagi. 'aku datang dari jauh. aku datang untuk menemui hamba itu. atau agaknya aku belum terjumpa hamba yang dimaksudkan. ya! bagaimanapun aku tidak akan pulang sebelum bertemu dia.' begitulah ujar Abu Yazid yang bernekad untuk tidak pulang selagi tidak berjumpa dengan lelaki tersebut.

"di manakah tempat sahabat itu?" tanya Abu Yazid. "dia sedang bemabuk-mabuk di suatu empat." ujar lelaki itu lalu diberitahu tempat itu. Abu Yazid menuju hamba yang disebutkan itu. Benar! dia dapati di situ ada 40 orang lelaki yang sedang mabuk kerana minum arak sementara lelaki yang dicarinya itu sedang duduk ditengah-tengah mereka.

Sakit Mata

pada suatu hari, Junaid Al-Baghdadi menghidap sakit mata. dia pun memanggil tabib untuk merawat sakit matanya itu (Wallahuallam sakit seteruk mana). dia dinasihati oleh tabib supaya mengelakkan matanya terkena air demi mempercepatkan matanya sembuh.



bagaimanapun, ketika tabib itu berlalu, Junaid bertekad mengambil wuduk termasuk membasuh muka, kemudian solat dan tido. apa yang anehnya, setelah mengenakan air sembahyang ke mukanya, tiba-tiba sakit matanya sembuh.

pada saat itu Junaid terdengar satu suara, "mata Junaid sembuh kerana dia lebih redha kepadaKu. sekiranya ahli neraka meminta kepadaKu dengan semangat Junaid nescaya aku kabulkan permintaannya.

keesokan harinya, tabib itu datang untuk menziarahi Junaid, ternyata tabib itu kehairanan setelah melihat mata Junaid sembuh, "apa kau lakukan  wahai Junaid". "aku berwuduk dan air itu mengenai muka dan mataku, lalu aku solat,: ujarnya.

setelah menyaksikanperistiwa  itu, tabib yang beragama Nasrani itu pun menganut agama Islam. itulah penawar daripada Tuhan yang menjadikan penyakit. tabib tersebut mengatakan behawa, "sebenarnya, Junaid tidak sakit, tapi aku yang sakit, Junaidlah labibku, kerana telah merawat sakit mata hatiku".

Kisah Juraij

nama sebenar Juraij ialah Jurajis. dia terkenal sebagai seorang soleh yang menghabiskan banyak masanya di tempat ibadatnya. ketekunannya dalam mengabdikan diri kepada Allah menjadikan dia seorang yang terkenal pada masa tersebut. kealimannya disebut-sebut oleh oarang ramai.

kerana berhari-hari tidak pulang ke rumah, ibunya berasa sangat rindu kepadanya. apabila tidak tahan merindui anaknya, Si Ibu datang ke tempat Juraij beribadat lalu memanggilnya, Juraij! Juraij! dari jauh Juraij mendengar teriakan ibunya, tetapi dia tidak menjawab, sebaliknya berkata dalam hatinya kepada Tuhan: "Ya Allah! itu ibuku yang memanggilku, tetapi aku sedang menyembahMU." dia meneruskan ibadatnya.

keesokannya, ibunya datang lagi memanggil-maggil Juraij seperti semalam. namun Juraij tidak juga menyahutnya. dia meneruskan ibadatnya. ibunya pun pulang. keesokannya lagi, ibunya datang lagi memanggil-manggil Juraij. namun kali ini juga penggilannya tidak berjawab.

Si Ibu pun pulang dengan perasaan hampa. perasaan geram mula membuka hatinya. setibanya di rumah, dia pun berdoa: "Ya Allah! janganlah Engkau mencabut nyawa Juraij sebelum dia sempat melihat wajah wanita jalang!" apakah maksud sebalik doa yang di ungkapkan oleh ibu Juraij. mungkin untuk menguji setakat mana keimanan anaknya.


maka wanita jalang yang dikatakan sangat cantik sebagai pengujinya. semua lelaki dikatakan akan terpesona apabila melihat wajahnya. tidak lama selepas itu, ibu Juraij pun berdoa, ramai daripada Bani Israel memperkatakan tentang kesolehan Juraij dan ketaatannya beribadat. maka semua bersetuju wanita jalang itu menggoda Juraij.

pada suatu hari, datanglah wanita jalang itu menemui Juraij untuk memujuk rayunya. Juraij tidak mengendahkannya. wanita tersebut kecewa dengan sikap Juraij dan bernekad dalam hatinya untuk membalas dendam terhadap Juraij. setelah usahanya terhadap Juraij gagal, wanita itu kpergi menggoda seorang lelaki pengembala kambing yang diaterserempak. hasil daripada perhubungan haram dengan pengembala itu, wanita tersebut pun hamil.

setelah bersalin, wanita itu membawa bayinya di khayalak ramai. dia menuduh Juraij telah melakukan perbuatan terkutuk terhadap dirinya sehingga melahirkan ana. tanpa usul periksa lagi, orang ramai pun meyerbu Juraij. mereka meruntuhkan tempat ibadat Juraij dan memukul Juraij. Juraij mempertahankan diri dan bertanya, "kenapa kamu sekalian ini? apakah salahku yang membuatkan kamu semua memukulku?"

"kamu telah melakukan zina dengan perempuan ini, anakmu ini buktinya," jawab orang ramai.

Juraij merasa hairan, dia telah menghabiskan seluruh masa hidupnya untuk beribadat kepada Allah tetapi mengapa tiba-tiba yang besar menimpanya. dia lantas teringat, mungkin kerana perbuatannya yang melebihkan ibadat sunat tetapi tidak melaksanakan yang wajib yakni menghormati ibunya. ibunya telah memanggilnya beberapa kali tetapi tidak diendahkan.

dia kini menghadapi tuduhan berbuat jahat hingga mendapat anak haram. tanpa saksi tidak mungkin orang percaya walaupun berulang kali dia menfikannya. dia berharap kepada Allah agar bayi itu bisa menyatakan siapa ayahnya. oleh itu, dia perlu memohon ampun dan restu daripada ibunya.


kebetulan waktu itu ibunya datang, Juraij segera memohon ampun atas kesilapannya kerana tidak menghiraukan penggilan ibunya. ibu Juraij mengampunkan dan mendoakan agar Tuhan merahmati anaknya.  Juraij berasa tenang dan pergi menghadapi orang ramaiyang mengerumuninya.

"bawa anak ini kemari dan dekatkannya kepadaku. tunggu sebentar agar aku solat sunat 2 rakaat," ujar Juraij. orang ramai akur dengan tindakannya.

setelah selesai, dia memohon pertolongan Allah, Juraij menghampiri bayi tersebut lalu meletakkan jari telunjuk di tengah perut bayi itu sambil berkata. "wahai bayi yang tidak berdosa, khabarkanlah siapakah sebenarnya bapamu?" bayi itu tiba-tiba berkata, "bapa ku seorang pengembala...." sambil menyebut namanya sekali.

orang ramai yang hadir tercengang melihat bayi yang boleh bercakap. kini baru mereka sedar yang mereka telah dibohongi oleh wanita itu. lalu mereka mendatangi Juraij dan memohon maaf. mereka juga berjanji untuk menggantikan tempat ibadat Juraij dengan bangunan diperbubat daripada emas.

Juraij menolak tawaran tersebut seraya berkata, "jikalau anda sekalian mahu menggantikannya, bangunkan sahaja semula, buatlah daripada tanah sebagaimana asalnya". sebaik sahaja tempat ibadatnya dibina semula, Juraij meneruskan ibadatnya disitu di samping tidak lagi mengabaikan ibunya sehinggalah dia kembali ke rahmatullah.



Dialog Iblis dengan Nabi



Rasulullah pernah bertanya kepada iblis, "wahai iblis terkutuk! apakah ikhtiarmu ke atas umatku? sesungguhnya aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua ummat manusia agar beriman kepada Allah s.w.t"

jawab iblis, "wahai Rasulullah! demi kemuliaan mu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusai  dari mengikut ajaranmu. aku akan mencampurkan lelaki dengan perempuan agar mudah aku mencelah di tengahnya.

Rasulullah bertanya lagi. "wahai iblis! apa lagi yang engkau muskilkan?" jawab iblis. "wahai Muhammad! sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap ummatmu dalam 2 perkara iaitu:
*mereka mengaku menyintai Allah s.w.t tetapi pada masa yang sama mereka masaih melakukan maksiat dan kemungkaran.
*mereka sangat benci akan tabiatku tetapi masih mahu mengikut semua hasutanku

Firman Allah kepada iblis: "sememangnya engkau adalah makhluk yang terkutuk lagi terlaknat, dari kemuliaanKu, akan kuberikan kepada ummat Nabi Muhammad 2 kegembiraan iaitu, kecintaan terhadapKu akanKu jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan...."

maka, tercenganglah iblis mendengar penjelesan sedemikian daripada Allah s.w.t. sedarlah iblis bahawa ummat Muhammad adalah ummat terbaik yang dikeluarkan dikalangan manusia dan paling disayangi oleh Allah yang Maha Pegampun lagi Maha Penyayang.

adalah ummat Nabi Muhammad merupakan ummat yang paling ramai menghuni syurga Allah s.w.t. iaitu kelebihan Allah s.w.t beri kepada ummat Nabi Muhammad dan tidak kepada umma-ummat nabi yang lain. AllahuAkbar.....




Pelacur Yang Insaf

Al-Malikah adalah seorang Primadona dari bani Israel. dia merupakan seorang pelacur kelas tertinggi. Upah khidmatnya mahal yakni 100 dinar setiap kali perkhidmatannya. Dia memang cantik sehinggakan Adib tergila-gilakannya. sayangnya, Adib seorang yang miskin dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan khidmat Al-Malikah.

disebabkan nafsu Adib yang meluap-luap itu membuatkan hati Adib tergila-gila, dikerah tenaganya untuk mengumpul wang sebanyak yang diperlukan. 'Primadona itu harus berada dalam dakapan aku,' bisik hati kecilnya.

dengan berbekalkan 100 dinar. Adib datang menemui Al-Malikah pujaannya. "silakan masuk,"
pelawa Al-Malikah dengan manisnya. Mendengar sapaan pujaannya itu. Adib melangkah kakinya masuk ke bilik Al-Malikah. Hari itu nafsu berahinya akan dipenuhi wang yang sudah berada dalam tangannya.

Akan tetapi, apa yang terjadi tiada siapa yang menduga. Entah bagaimana tiba-tiba sahaja badan Adib mengeletar. Peluh dingin merecik keluar. malah ketika pelacur memeluknya, Adib berusaha untuk melepaskan diri sambil berteriak. "Lepaskan aku, ambillah wang 100 dinar ini," sambil dia bangkit dari katil pelacur itu.

"mengapa engkau tiba-tiba menjadi begini?" tanya Al-Malikah. "Aku takut akan azab Allah! Bagaimana nanti aku akan dipertanggungjawabkan perbuatan maksiatku ini?" ujar Adib

mendegar jawabpan itu, terpegun Al-Malikah di katilnya. Nuraininya tersentuh oleh sikap lelaki yang berdiri dekatnya. suatu peristiwa aneh yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. tanpa disedari, air matanya mengalir dipipi. terbayang olehnya sejuta dosa yang menyelubunginya sebagai perempuan murahan lagi hina.

"aku tertarik kepadamu. jadikanlah aku isterimu" kata Al-Malikah tersedu-sedu. "tidak! aku akan meninggalkan tempat ini" jawab Adib. "jangan pergi! kecuali engkau berjanji akan mengahwini aku."
"baiklah." ujar Adib sambil meninggalkan bilik maksiat itu.

sebaik sahaja Adib meninggalkan bilik itu, pelacur yang bernama Al-Malikah nekad akan meniggalkan maksiat itu untuk selama-lamanya dia sudah menyesal dan ingin bertaubat. Al-Malikah akhirnya melangkah keluar mencari Adib, lelaki yang telah menyedarkan dirinya dari lumuran dosa dan maksiat. tekadnya sudah membulat. dia mesti berkahwin juga dengan Adib yang beriman itu.

Al-Malikah menuju ke negeri tempat tingggal Adib dengan penuh debaran. sebaliknya setelah bertemu, Adib kelihatan ketakutan. Lantaran ketakutan yang mendadak dan keterlaluan telah menyebabkan Adib pengsan lalu meninggal dunia. menangislah Al-malikah menyasikan lelaki pujaannya menggal dunia sebelum sempat berkahwin dengannya.



"gagal berkahwin dengan Adib, dapat saudaranya pun tidak mengapa!" pinta Al-Malikah dengan dorongan ingin menebus dosanya selama ini.

seorang teman Adib memberitahu Adib memberitahu bahawa saudara Adib adalah seorang lelaki yang miskin sia khuatir Al-Malikah akan menyesal nanti. "biarlah dia miskin. aku tetap ingin berkahwin dengannya sebagai memenuhi rasa cintaku terhadap saudaranya." kata Al-Malikah

jadilah Al-Malikah bekas pelacur yang insaf/ dia berkahwin dengan lelaki misakin. Allah telah membuka hati wanita itu dengan taufiq dan hidayah-Nya. maka, berbahagialah Al-Malikah seorang bekas Primadona bersama suami tercinta.



Monday, December 12, 2011

Kisah 3 Sahabat

di sebut dalam suatu riwayat mengenai hubungan 3 orang sahabat yang sangat intim sehingga kepada ajal mereka dalam satu siri perperangan iaitu perang Yarmuk. kisah mengenai Ikrima, Suhail dan Harith. mereka bertiga mendapat kecederaan yang teruk dalam peperangan tersebut. kecederaan yang mereka alami menyebabkan mereka terlalu haus dan letih serta tidak bermaya.

dikatakan seorang sahabat yang lain bernama Abu Jahim yang ingin mencari saudaranya, telah membawa bekas yang berisi air yang terlalu sedikit dan cukup untuk seorang sahaya untuk minum.
dibawanya Ikriam saudaranya untuk diminum, tiba-tiba terdengar suara keluhan yang tidak bermaya berhampiran Ikrima yang turut meminta iar lalu Ikrima menyuruh agar air itu dibawa kepada Suhail yang keadaannya lebih teruk pada ketika itu.

sesamapainya kepada Suhail, ternyata Suhail juga berkata demikian, "bawalah air tersebut kepada Harith, keadannya lebih parah daripada aku."

apabila sampai kepada Harith, tidak semat dia meminum air, akhirnya Harith menghembuskan nafasnya yang terakhir. air itu kemudian dibawa kepada Suhail, ternyata Suhail juga telah mati. dibawa pula kepada Ikrima saudaranya juga telah menghembuskan nafas yang terakhir. maka, gugurlah 3 orang sabahat tersebut sebagai syuhada.

sikap cinta dan sayang kepada sahabat menjadikan mereka sampai kepada peringkat yang pasti dimuliakan oleh Allah.

Naluri Seorang Ibu

Pada zaman pemerintahan Khallifah Harun Ar-Rasyid, tokoh sufi yang dikenalli ramai, namanya tersohor di mana-mana, orang mengelarnya Abu Nawas Si Pencuit Hati Khalifah. Abu Nawas telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah sehingga berkenan oleh Khalifah untuk menjadikan sebagai sehabat.

sekali peristiwa, menyaksikan kehebatan atau kealiman Abu nawas dalam menyelesaikan suatu masalah yanng agak rumit pada ketika itu. ketika mana Abu Nawas bersiar-siar, tiba-tiba dia melihat orang ramai seperti sedang mengerumuni sesuatu. Ternyata benar sangkaan Abu Nawas, rupa-rupanya orang ramai menyaksikan 2 orang wanita bersama seorang bayi, masing-masing tidak tidak mahu mengalah dan mengaku bahawa bayi itu adalah anaknya.

Abu Nawas yang menyaksiakan peristiwa tersebut mendapat satu akal bagi menyelesaikan masalah tersebut. Maka, Abu Nawas pun mencelah.
''Apa yang kalian berdua rebutkan ini''
Berkata perempuan yang mendukung bayi, "perempuan ioni mengaku bayi ini sebagai anaknya, sedangkan akulah ibunya."
perempuan yang duduk di atas tanah pula berkata, "tidak Tuan, sebenernya anak itu adalah anak saya yang telah dia curi, kemudian mengaku sebagai bayinya, saya bersumpah yang sayalah yang mengandungkan dan menyuskan bayi itu," kata perempuan itu dengan nada sedih.

Abu Nawas sudah tahu ibu sebener bayi tersebut, namun perkara tersebut harus dibuktikan agar dianggap adil. Abu Nawas kemudiannya memerintah seseorang untuk pergi mendapatkan kapak. Bertanya orang ramai yang kehairanan dengan perintah Abu Nawas, "untuk apa kapak itu?"
"kapa itu untuk aku belah bayi ini, agar aku dapat bahagikan separuh kepada perempuan ini dan separuh lagi untuk perempuan tersebut." ujar Abu Nawas lagi.

Ketika Kapak Hampir kepada bayi tersebut, ternyata perempuan yang di tanah tadi mengalah dan berkata lalu mengalirkan air mata, "biarlah perempuan itu mengambil bayi tersebut, tapi jangan apa-apakan bayi comel itu kerana dia tidak berdosa."
ternyata perempuan yang mendukung bayi tadi, tidak sedikit pun mengalirkan air mata ketika kapak hampir membelah tubuh bayi tersebut.

"sekarang , jelaslah kepada kalian, siapakah ibu sebenar kepada bayi tersebut, tyernyata seorang ibu tidak akan membenarkan anaknya bipengapakan meskipun disentuh oleh nyamuk?"
"jadi, ibu ini adalah ibu yang sebenar kepada bayi ini, sedangkan ibu tadi langsung tidak hirau ketika bayi tadi hendak dibelah."

the moral is...
>sayangilah ibu kita....dia sangup bersusah payah untuk mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dan sabgaup  bergadai nyawa untuk melahirkan seorang umat di bumi ini :)

I LOVE YOU MAMA FOREVER UNTIL MY LAST BREATH



Thursday, December 8, 2011

holiday

time holiday memang mengbosankan buat Dhil...why???
my mom tak kasi Dhil kerja macam kawan-kawan aku yang lain... :)

mula-mula Dhil cuba pertikaikan jugak...kenapa mak akuDhil tak bagi Dhil kerja??sedangkan Dhil nak cari duit sendiri...sebab dengan duit tu Dhil nak buat lesen and boleh la tampung kos pembelajaran Dhil akan datang...
lepas ambik masa sikit...baru Dhil faham...mak Dhil nak yang terbaik buat Dhil ..mak Dhil taknak Dhil keluar rumah and balik lewat malam...tak sesuai untuk perempuan macam Dhil ..walaupun Dhil  suka berkawan...tapi Dhil tak suka bersosial...
Dhil nak jaga nama baik keluarga Dhil ..Dhil taknak mereka malu hanya sebab akuDhil seorang...Dhil tahu mereka sayangkan Dhil....
jadi...
sekarang Dhil tak kisah cuti sementara tunggu result keluar Dhil terperuk kat rumah dan digelar gadis pingitan :)
sebab time tu Dhil boleh tolong mak Dhil ...tolong masak...kemas rumah...tapi yang penting boleh layan cerita kegemaran Dhil hehehe...
sementara tu aku tetap akan buat lesen tuk kemudahan Dhil akan datang....

my mom pernah sarankan Dhil belajar menjahit sementara cuti ni...ish....tak nak lar Dhil...baik memasak daripada menjahit...kalau mejahit manik,butang or tampung tempat koyak tu boleh lar...tapi tak buat baju...oh sorry Dhil tak reti and tak nak belajar....kalau bidang masakan tak pe....hehehe memilih betul jadi orang kan.... :)
itu la Dhil :)

untuk menagkis belajar dalam bidang jahitan...Dhil pernah la cakap kat mak Dhil ..daripada belajar jahitan baik pergi pondok a.k.a madrasah...boleh jugak tambah ilmu Dhil yang cetek ni...kalau bincang pasal agama Dhil memang daif sangat...sebab Dhil tak searif keluarga aku yang lain...
tp masalahnya sekarang Dhil tak tahu nak belajar kat mana and Dhil nak dapatkan lesen dulu...sebab Dhil taknak susahkan sapa-sapa untuk hantar Dhil kemana Dhil suka...walaupun time ni abang-abang Dhil cuti sem...

jadi jalan penyelesainanya...untuk menghilangkan sifat bosan...Dhil akan tulis update blog Dhil ni dengan cerita yang memberi pengajaran...yang dipetik daripada buku :)

hope semunya lancar :)

Sunday, November 27, 2011

Allah give me your strength

semakin tahun berganjak
semakin dewasa....
semakin diri ingin mencari keredaan Ilahi...
semakin banyak masalah yang menerpa..
macam peluru berpandu yang datang menerpa menujuk ke lubuk hati ini....
takada siapa yang dapa menolong selagi Dhil senyap dengan semua masalah ni dengan senyuman palsu Dhil.. :)
tapi..kalau Dhil cerita kat orang pun..mereka tidak akan faham dan tak dapat membantu diri Dhil yang malang ni...
Dhil redha.....
Dhil tahu....Allah tidak akan sesekali memberi ujian kepada hambanya yang tidak mampu mengalas ujian-Nya.
hamba akan tanggung tapi hamba mohon memetik sedikit kekuatan daripada-Mu untuk menghadapi ujian ini...lebih-lebih lagi hamba sedang memduduki SPM. peperiksaan yang besar untuk menetukan masa depan hamba...
semoga dengan kekuatan itu..hamba dapat meneruskan senyuman ini kepada semua orang dengan niat sedekah :)

Wednesday, May 11, 2011

MUST READ!!!! and share this!!!!

1) Devil May Cry 3


KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.
 
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.
 
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.
 
Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.
 
Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.


Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.
 
Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.
 
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
 
dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.
 
"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut...
 
Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?
 
2) Clive Barker Undying
 
 
Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.
 
 
Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.
3) Zack And Wiki



Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?
 
Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.


Tindakan yang dibuat: 
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.
 
The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.
 
A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."
 
"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia


Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
 
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)
 
Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

6) Stronghold Crusader


Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.
 
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini:

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:



Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:


Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

UPDATED @ 5/3/2011 
8) Resident Evil 4


Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.


Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut
 
Screenshot dari gameplay Resident Evil 4
 
Zoom pada pintu tersebut.
 
Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?
 
Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.
 
Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi
 
Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.
 
Perbezaan pintu dalam game dengan realiti
 
Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut
 
Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.


Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.
 
Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.
 
Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.