Al-Malikah adalah seorang Primadona dari bani Israel. dia merupakan seorang pelacur kelas tertinggi. Upah khidmatnya mahal yakni 100 dinar setiap kali perkhidmatannya. Dia memang cantik sehinggakan Adib tergila-gilakannya. sayangnya, Adib seorang yang miskin dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan khidmat Al-Malikah.
disebabkan nafsu Adib yang meluap-luap itu membuatkan hati Adib tergila-gila, dikerah tenaganya untuk mengumpul wang sebanyak yang diperlukan. 'Primadona itu harus berada dalam dakapan aku,' bisik hati kecilnya.
dengan berbekalkan 100 dinar. Adib datang menemui Al-Malikah pujaannya. "silakan masuk,"
pelawa Al-Malikah dengan manisnya. Mendengar sapaan pujaannya itu. Adib melangkah kakinya masuk ke bilik Al-Malikah. Hari itu nafsu berahinya akan dipenuhi wang yang sudah berada dalam tangannya.
Akan tetapi, apa yang terjadi tiada siapa yang menduga. Entah bagaimana tiba-tiba sahaja badan Adib mengeletar. Peluh dingin merecik keluar. malah ketika pelacur memeluknya, Adib berusaha untuk melepaskan diri sambil berteriak. "Lepaskan aku, ambillah wang 100 dinar ini," sambil dia bangkit dari katil pelacur itu.
"mengapa engkau tiba-tiba menjadi begini?" tanya Al-Malikah. "Aku takut akan azab Allah! Bagaimana nanti aku akan dipertanggungjawabkan perbuatan maksiatku ini?" ujar Adib
mendegar jawabpan itu, terpegun Al-Malikah di katilnya. Nuraininya tersentuh oleh sikap lelaki yang berdiri dekatnya. suatu peristiwa aneh yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. tanpa disedari, air matanya mengalir dipipi. terbayang olehnya sejuta dosa yang menyelubunginya sebagai perempuan murahan lagi hina.
"aku tertarik kepadamu. jadikanlah aku isterimu" kata Al-Malikah tersedu-sedu. "tidak! aku akan meninggalkan tempat ini" jawab Adib. "jangan pergi! kecuali engkau berjanji akan mengahwini aku."
"baiklah." ujar Adib sambil meninggalkan bilik maksiat itu.
sebaik sahaja Adib meninggalkan bilik itu, pelacur yang bernama Al-Malikah nekad akan meniggalkan maksiat itu untuk selama-lamanya dia sudah menyesal dan ingin bertaubat. Al-Malikah akhirnya melangkah keluar mencari Adib, lelaki yang telah menyedarkan dirinya dari lumuran dosa dan maksiat. tekadnya sudah membulat. dia mesti berkahwin juga dengan Adib yang beriman itu.
Al-Malikah menuju ke negeri tempat tingggal Adib dengan penuh debaran. sebaliknya setelah bertemu, Adib kelihatan ketakutan. Lantaran ketakutan yang mendadak dan keterlaluan telah menyebabkan Adib pengsan lalu meninggal dunia. menangislah Al-malikah menyasikan lelaki pujaannya menggal dunia sebelum sempat berkahwin dengannya.
"gagal berkahwin dengan Adib, dapat saudaranya pun tidak mengapa!" pinta Al-Malikah dengan dorongan ingin menebus dosanya selama ini.
seorang teman Adib memberitahu Adib memberitahu bahawa saudara Adib adalah seorang lelaki yang miskin sia khuatir Al-Malikah akan menyesal nanti. "biarlah dia miskin. aku tetap ingin berkahwin dengannya sebagai memenuhi rasa cintaku terhadap saudaranya." kata Al-Malikah
jadilah Al-Malikah bekas pelacur yang insaf/ dia berkahwin dengan lelaki misakin. Allah telah membuka hati wanita itu dengan taufiq dan hidayah-Nya. maka, berbahagialah Al-Malikah seorang bekas Primadona bersama suami tercinta.

No comments:
Post a Comment