Thursday, July 25, 2013

Nisfu Ramadhan

Alhamdulillah...malam ni dah pun malam yang ke-15.. tapi sedih rasanya surau kampung Dhil hanya mendapat sambutan pada awal Ramadhan sahaja..pada awal ramadhan penuh juga 4 saf...tapi tadi hanya 2 saf..tu pun tak penuh. Belum bercerita tentang rakaat lagi...sampai rakaat 8 memang ramai..tapi sampai rakaat 20, boleh kira dengan jari sebelah tangan sahaja, tu pun orang 'lama', kemana menghilangnya orang muda..?? berat sangatkan untuk melangsungkan ibadat anda sehingga 20 rakaat.

Bukankah bulan Ramadhan bulan pesta ibadat..?? adakah anda tidak berniat untuk merebut ganjaran yang diberikan secara berganda yang hanya ada pada bulan ini..?? masih belum terlambat untuk anda merebut ganjaran pahala walaupun sekarang sudah berada pada pertengahan bulan Ramadhan.

Sunday, July 21, 2013

salam ramadhan

assalamualaikum w.b.t...

alhamdulillah..selepas sekian lama tidak mengupdate blog..akhirnya dapat juga mencuri masa daripada kesibukan sebagai seorang pelajar.. masih belum terlambat untuk Dhil mengucapkan selamat menyambut pesta beribadat kepada semua saudara sesama islam, tidak kira dimana jua berada..

Dhil harap kita semua dapat menjalani bulan Ramadhan ini dengan merebut sebanyak mungkin pahala sama ada wajib mahupun sunat, kerana setiap ibadat yang kita lakukan pada bulan ini akan berganda..jangan katakan beribadat, niat untuk beribadat pun dah dapat pahala...semoga kita salah seorang daripada ahli ibadat tersebut..insya-Allah..

maaf andai Dhil ada melakukan salah dan silap kepada anda sama ada kita mengenali mahupun tidak..
wallahua'lam