Alhamdulillah...malam ni dah pun malam yang ke-15.. tapi sedih rasanya surau kampung Dhil hanya mendapat sambutan pada awal Ramadhan sahaja..pada awal ramadhan penuh juga 4 saf...tapi tadi hanya 2 saf..tu pun tak penuh. Belum bercerita tentang rakaat lagi...sampai rakaat 8 memang ramai..tapi sampai rakaat 20, boleh kira dengan jari sebelah tangan sahaja, tu pun orang 'lama', kemana menghilangnya orang muda..?? berat sangatkan untuk melangsungkan ibadat anda sehingga 20 rakaat.
Bukankah bulan Ramadhan bulan pesta ibadat..?? adakah anda tidak berniat untuk merebut ganjaran yang diberikan secara berganda yang hanya ada pada bulan ini..?? masih belum terlambat untuk anda merebut ganjaran pahala walaupun sekarang sudah berada pada pertengahan bulan Ramadhan.
Ingatlah Ramadhan hanya datang sekali sahaja dalam setahun, tahun depan kita belum tentu lagi masih bernafas seperti hari ini. Dhil bukanlah seorang yang alim lagi warak, tetapi bukankah kita sebagai manusia harus saling berpesan-pesan dan saling ingat-memperingati kerana manusia itu sifatnya pelupa. anda boleh menegur Dhil jika Dhil ada melakukan kesilapan...insya-Allah Dhil akan terima dengan terbuka.

No comments:
Post a Comment