Sunday, November 3, 2013

STPM is COMING...!!

Assalamualaikum...

wah..sedar tak sedar 3 hari lagi nak STPM.. Dhil adalah batch pertama STPM Modular...apa tu STPM modular..??? nanti-nanti lah Dhil bagitahu ye...Dhil semput nak bagi tahu...sekarang pun tengah maghrib online..curi-curi masa sikit :)

sebenarnya Dhil nak minta maaf kepada semua..sama ada yang mengenali Dhil mahupun tidak..kalau-kalau post Dhil membuat semua tersinggung atau pandangan kita berbeza...

doakan Dhil semoga dipermudahkan dan tenang dalam menjawab peperiksaan...insya-Allah


Saturday, August 17, 2013

Siapa lagi kejam..??

Sedikit renungan untuk kita bersama...Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam. 

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.Dan dia berkata “Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku .

”Perempuan itu adalah Palestin/Syria/Rohingya/Mesir. Lelaki pertama ialah Israel. Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat. Lelaki ketiga pula ialah UMAT ISLAM yang hanya berdiam diri dan melihat apa yang terjadi. Tahniah kepada Umat Islam!! berdiam diri dan melihat kekejaman dihadapan kita, itu sahaja yang mampu kita buat.. Mahukah kita jadi sekejam lelaki ketiga.. jika tidak kongsikan artikel ini siapa tahu dengan artkel ini lebih ramai ummat islam yang akan sedar dari tidur lenanya.. 


Ayuh kita bersatu demi Islam, bantulah seboleh yang mampu.. Sama-samalah kita muhasabah diri.. Sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan..doa adalah senjata kita

Thursday, July 25, 2013

Nisfu Ramadhan

Alhamdulillah...malam ni dah pun malam yang ke-15.. tapi sedih rasanya surau kampung Dhil hanya mendapat sambutan pada awal Ramadhan sahaja..pada awal ramadhan penuh juga 4 saf...tapi tadi hanya 2 saf..tu pun tak penuh. Belum bercerita tentang rakaat lagi...sampai rakaat 8 memang ramai..tapi sampai rakaat 20, boleh kira dengan jari sebelah tangan sahaja, tu pun orang 'lama', kemana menghilangnya orang muda..?? berat sangatkan untuk melangsungkan ibadat anda sehingga 20 rakaat.

Bukankah bulan Ramadhan bulan pesta ibadat..?? adakah anda tidak berniat untuk merebut ganjaran yang diberikan secara berganda yang hanya ada pada bulan ini..?? masih belum terlambat untuk anda merebut ganjaran pahala walaupun sekarang sudah berada pada pertengahan bulan Ramadhan.

Sunday, July 21, 2013

salam ramadhan

assalamualaikum w.b.t...

alhamdulillah..selepas sekian lama tidak mengupdate blog..akhirnya dapat juga mencuri masa daripada kesibukan sebagai seorang pelajar.. masih belum terlambat untuk Dhil mengucapkan selamat menyambut pesta beribadat kepada semua saudara sesama islam, tidak kira dimana jua berada..

Dhil harap kita semua dapat menjalani bulan Ramadhan ini dengan merebut sebanyak mungkin pahala sama ada wajib mahupun sunat, kerana setiap ibadat yang kita lakukan pada bulan ini akan berganda..jangan katakan beribadat, niat untuk beribadat pun dah dapat pahala...semoga kita salah seorang daripada ahli ibadat tersebut..insya-Allah..

maaf andai Dhil ada melakukan salah dan silap kepada anda sama ada kita mengenali mahupun tidak..
wallahua'lam