Wednesday, January 8, 2014

Solat Pertama, Sujud Terakhir

Assalamualaikum...

lama tak update blog...okey..hari ni Dhil nak bercerita balik apa yang mama Dhil bercerita pada kami semua mengenai Hidayah Allah


Terdapat seorang lelaki yang jahil yang tinggal di sesebuah kawasan di benua Amerika. diceritakan di badan lelaki ini memang banyak tatu dan pakaiannya copang-camping dan beragama kristian berikutan beliau memakai rantai salib.

Pada suatu malam, Beliau telah bermimpi dan dalam mimpinya terdengar suatu suara lembut yang berbunyi ''Tuhan Isa adalah Tuhan Orang Islam''

beliau mengangap mimpinya hanyalah mainan tidur..namun keesokkan malam beliau bermimpikan perihal yang sama, namun suara tersebut lebih keras dan tegas ''TUHAN NABI ISA ADALAH TUHAN ORANG ISLAM''
Beliau terus terkejut dan untuk beberapa hari Beliau tidak dapat tidur kerana takut bermimpikan perihal yang sama.

Beliau buntu akan mimpinya dan cuba mentafsir...mula-mula beliau menanya mengenai Islam. Beliau tidak tahu apa itu Islam, bagaimanakah Islam, Macamanakah Islam dan sebagainya.

Beliau telah bertanyakan mengenai Islam kepada seseorang sahabatnya dan sahabatnya menyuruhnya untuk berjumpa seorang yang arif mengenai Islam yang tinggal di pinggir bandar.

Beliau pergi ke tempat tersebut dan berjumpa dengan Ustaz yang dimaksudkan.sesampai Beliau di tempat tersebut, hari sudah malam. Kebetulan Ustaz telah usai solat Maghrib dan tiada kelas pada malam tersebut sementara tunggu masuk waktu Isyak.

"Saya nak masuk Islam" ucapan pertama dari Beliau yang mengejutkan Ustaz tersebut. kebiasaannya sebelum seseorang itu memeluk islam, mereka akan berdebat terlebih dahulu mengenai islam, tetapi ini sebaliknya.
beliau menceritakan mengenai mimpi beliau dan Ustaz tersebut mengajarnya mengucap kalimah Syahadah.

Tergagap-gagap dengan ucapan mengikut bahasa Arab. Apakah Islam Beliau tak tahu, apatah lagi bahasa Arab, bahasa yang diagungkan oleh umat Islam.

Setelah ulang beberapa kali, barulah Beliau berjaya lafaz syahadah dengan lancar berserta dengan maksud yang diterjemahkan..

Usai segalanya, azan Isyak berkumandang. Ustaz tidak sampai hati meninggalkan Beliau sendirian lalu mengajak Beliau solat berjemaah di surau berhampiran dengan rumahnya.

"Saya tak pandai solat" ucap Beliau
"Tak mengapa, kamu ikut sahaja pergerakan kami dari belakang, nanti kami akan ajarkan bacaan solat insya-Allah"

Rakaat pertama Beliau hanya ikut dengan pergerakkan yang keras dan kaku. Rakaat kedua ada kemajuan. rakaat ketiga agak baik dan pada rakaat yang keempat, Beliau sudah tidak janggal lagi dengan pergerakkan dalam solat. Allhamdulillah...

Usai Ustaz memberi salam, Ustaz mendapati Beliau masih dalam keadaan sujud.

'Mungkin sujud dia syukur dengan Hidayah Allah dan memohon keampunan' fikir Ustaz.

Namun setelah 15 minit masa berlalu, Beliau masih dalam keadaan bersujud. Ustaz mendekati Beliau sambil menepuk bahu '"kita telah usai solat" lalu Beliau jatuh terbaring. Apabila diperiksa nadi dan pernafasan, Beliau telah menamatkan riwayatnya dalam sujud terakhir dari solat yang pertama dalam hidupnya.

Subhanallah maha suci Allah yang mampu memberi Hidayah kepada seorang lelaki yang Jahil kepada keadaan matinya yang diinginkan oleh semua ummat.

No comments:

Post a Comment