Wednesday, January 8, 2014

Kisah seorang Mummy

Balik dari Negeri Sembilan, mama Dhil di masukkan ke hospital kerana diarrhea, jadi kene tahan dekat wad jugalah semalaman.

Dek kerana musim wabak penyakit, jadi ramailah yang di masukkan ke hospital. Wad perubatan perempuan yang mama Dhil duduk penuh, sampai katil mama Dhil terletak di tepi tandas doktor.

Dhil bergilir menjaga mama dengan kakak Dhil yang kebetulan cuti kerana suaminya demam. Dhil jaga mama sebelah malam. Setiap kali patient nak keluar masuk mesti melalui katil mama, jadi setiap kali tu jugalah dhil terpaksa bangun dan sorokkan kerusi untuk bagi laluan. dengan keadaan yang crowded dan hari dah nak tengah malam, Dhil terdengar satu suara yang annoying bagi Dhil yang tak tahu apa-apa.

"Mummy menyesal bagi kau laptop bla..bla.. ada kau nak call Mummy bla..bla.. dulu masa kau dapat straight-A, Mummy tak patut bagi kau hadiah bla..bla.."


Dan macam-macam lagi 'Ish mak cik ni anak dia sakit tu nak membebel apa nya lagi, kan budak tu sakit, lagi pun dah tengah malam, udah-udah lah tu, ramai pesakit dalam wad ni yang nak tidur' Dhil pun dah macam-macam terfikir. Try juga jenguk-jenguk nak tengok bed yang mana satu kene leter dengan Mummy dia, tapi kebanyakkan bed sebelah tu dia tutup  dengan tirai, jadi tak tahu dimana orangnya.

Keesokkannya, Dhil terdengar lagi suara Mummy tu, tapi rupanya Mummy tu bukan jaga anak dia yang sedang sakit, tapi beliau pesakit. "Maaf lar kalau tak siapa yang tak suka dengar I bising, maklum lar I ni memang suka berceloteh" sambil pandang Dhil. wow dia tahu ke?? and it's look like that Mummy macam orang educated lar juga sebab sometime dia guna English tu agak smooth lar.

Bila Mummy nak ke tandas, dia perlukan seseorang untuk membantu dia, tapi bila nurse datang nak tolong "it's okey I can do it by my self" and so on. Banyak juga lah si suami kene marah, kena kutuk. Kesian si suami, senyap aje, walaupun macam-macam yang didengar dari isteri dia, dia sabar aje, buat aja apa yang isteri dia tak mampu buat. Subhanallah, bukan senang nak mencari suami yang sanggup bersusah payah menjaga isteri yang sakit pada usia tua dengan pelbagai karenah.

Time mama dah boleh keluar, mama pergi bersalaman dengan orang disekeliling, ada orang bersin dan ucap 'Alhamdulillah' lalu Mummy bertanya "Allhamdulillah tu apa?" Masya-Allah. Kesian Mummy, mama cakap dia mungkin 'tak betul' wallahu'alam.

Tapi paling kurang Mummy still lagi sebut Allah bila dia mengerang kesakitan. Semoga malaikat terus berselawat bersama Mummy dan menghapuskan dosa dengan ujian sakit.

Habis semua perspektif negatif yang Dhil fikir semalam. Kita tak layak nak judge orang. Jadi kita mestilah bersama-sama memperbaiki diri dan mempertingkatkan amal kita yang masih cetek.

Jika kita beramal dengan SUBAHANNALAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR, INSYA-ALLAH dan LAILLAHAILLAH, insya-Allah walaupun kita nyanyuk, kita tetap akan menyebut kalam tersebut. Jika kita beramal dengan nya, Ia akan menjaga kita

Semoga Allah memberikan banyak kesabaran kepada si suami yang menjaga dan orang sekelilingnya serta ringankan sakit Mummy dan mudah baginya untuk bertemu Pencipta. Inysa-Allah

No comments:

Post a Comment