Monday, December 24, 2012

PERHATIAN: TEMU DUGA TERBUKA!!

EMPAT GANJARAN LUMAYAN:
1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Masyar
3. Keselamatan meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi

LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh)


KELAYAKAN:
- anda tidak perlu bawa sijil-sijil
- anda tidak perlu bawa  pingat
- anda tidak perlu bawa wang atau harta yang banyak
- anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi (Anda cuma bawa dokumen asal Iman dan Amal)

PANEL/PENEMUDUGA:  Mungkar dan Nakir (bertauliah)
** enam soaln utama yang mudah akan disoal**
1. Siapa Tuhan mu?
2. Apa Agama mu?
3. Siapa Nabi mu?
4. Apa Kitab mu?
5. Di mana Kiblat mu?
6. Siapa Saudara mu?

CARA MEMOHON: Anda  cuma perlu menunggu penjemput Kami yan berkeliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepeda orang mukmin dan akan bengis kepada orang mungkar. ia diberi nama Izrail.

''SEMOGA BERJAYA''
''SELAMAT MENJAWAB''

Nota: soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan tapi hanya iman dan amal sahaja akan menentukan, dapatkah kita menjawabnya?? marilah bersama-sama kita bersedia, menambahkan amal kita, moga-moga kita termasuk dalam golongan orang yang berjaya...insya-Allah

No comments:

Post a Comment